Menarik juga penafian yang dibuat oleh Neelofa mengenai gosip percintaannya dengan adik seorang jutawan automotif. Di dalam penafian tersebut, Neelofa mengakui yang Hans Isaac adalah kekasihnya. Itu yang kita mahu dengar selepas selama ini Neelofa sering berdolak-dalik mengenai statusnya.
Namun begitu Neelofa mengakui dirinya rapat dengan adik kepada jutawan tersebut. Akan tetapi tidaklah sampai tahap bercinta. Kata Neelofa kepada Utusan Malaysia:-
Kelakarlah macam mana cerita ini boleh timbul. Kami memang mengenali antara satu sama lain kerana sudah lama berkawan. Saya bukan sahaja kenal dia, malah sepupu dan ahli keluarganya juga saya kenal sejak usia saya 17 tahun lagi
Antara perkembangan terbaru Neelofa ialah azamnya untuk mengalahkan Fara Fauzara di dalam kategori Pengacara Wanita Paling Popular untuk ABPBH2012. Rasa-rasa anda mampukah Neelofa melakukannya? Abang Nara nampak ada kemungkinannya jika Neelofa terus mengekalkan mutu pengacaraannya di dalam Nona dan Meletop. Tak ke gitu?