Nafi Bakal Wujudkan Sistem Caj Kesesakan, Kereta Masih Boleh Masuk KL Lepas MRT Siap

Trending

Nafi Bakal Wujudkan Sistem Caj Kesesakan, Kereta Masih Boleh Masuk KL Lepas MRT Siap

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) nafi ada rancangan untuk mengenakan caj kepada kereta persendirian yang masuk ke ibu kota selepas projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) Line 1 beroperasi.

Advertisement

8 years ago

Guna Kereta Persendirian Masuk Ke Kuala Lumpur Bakal Dikenakan Caj, Sistem Kurangkan Kesesakan Diwujudkan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz yang menafikan laporan sebelum ini dan ianya tidak benar.

“Tiada perancangan dalam melaksanakan sistem caj kereta persendirian masuk ke ibu kota selepas MRT selesai (siap dibina),” katanya.

Memetik laporan ‘The Edge’ semalam,  dalam kenyataan itu menyatakan DBKL akan melaksanakan sistem itu yang menjadi inisiatif terakhir untuk mengurangkan kesesakan di bandar seterusnya menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Dalam laporan itu, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar DBKL Nik Mastura Diyana Nik Mohamad dipetik sebagai berkata pihaknya sedang mengkaji perkara itu yang mana harga yang bakal dicaj belum ditentukan lagi.

Sistem itu dilihat akan mengenakan caj kepada mana-mana kenderaan yang pergi ke pusat bandar seperti mana yang dilaksanakan di Singapura ketika ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...