Nafi Tonjol Aib Sendiri, Siti Nordiana Bakal Ada Drama Biografi Berjudul ‘Aku Seorang Perempuan’

Hiburan

Nafi Tonjol Aib Sendiri, Siti Nordiana Bakal Ada Drama Biografi Berjudul ‘Aku Seorang Perempuan’

Meskipun bukan dirinya sendiri yang bakal tampil dalam drama biografi 13 episod berjudul ‘Aku Seorang Perempuan’, penyanyi dan pelakon Siti Nordiana menjelaskan drama tersebut diinspirasikan daripada kisah sebenar kehidupannya.

Menurut Siti Nordiana ataupun lebih mesra dipanggil Nana, watak ‘Siti Nordiana’ dalam drama tersebut akan dibawa oleh pelakon Atikah Suhaimie kerana menurutnya, tidak semestinya dia sendiri kena membawa watak diri sendiri.

Advertisement

“Orang kata kalau bawa watak sendiri itu lebih feel tapi bagi saya biarlah pelakon yang lebih baik bawa watak sebagai diri saya agar penyampaian dan penghayatan itu lebih berkesan. Saya risau kalau feel tak sampai nanti, orang mengata pula. Memang la kisah pasal diri saya tapi tak semestinya watak itu saya kena lakonkan.”

Tambahnya lagi, Atikah juga rajin datang kepadanya untuk bertanya mengenai sesuatu yang dia ingin tahu mengenai dirinya supaya pembawaan watak sebagai seorang ‘Siti Nordiana’ itu lebih berkesan di lensa kamera.

Menurut Nana, drama Aku Seorang Perempuan memaparkan hampir 70 peratus kisah benar mengenai dirinya.

Dia turut menolak mengenai dakwaan bahawa drama ini bakal membuka aib dirinya sendiri kerana ada bahagian yang terlalu peribadi untuk dikongsikan tidak dibawa ke layar drama.

Drama adaptasi dari Biografi Novel ‘Bukan Perempuan Biasa’ tulisan Tengku Khalidah Tengku Bidin ini bakal bersiaran pada bulan Mac 2021 nanti. Ianya bakal dilakonkan oleh barisan bintang seperti Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Adriana Adnan, Hafidz Roshdi dan ramai lagi.

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...