Suami kepada pelakon Miera Leyana, Rosland Othman menafikan dakwaan bahawa dia tidak pernah mengabaikan nafkah isteri pertama dan anak-anaknya meskipun sedang melalui perbicaraan kes nusyuz.
Memetik Harian Metro, Rosland berkata demikian dan memaklumkan bahawa dia memberi nafkah antara RM15,000 hingga RM20,000 sebulan kepada Adibah dan anak-anak.
View this post on Instagram
Sehingga semalam pesanan membeli barang dapur saya tunaikan. InsyaAllah semuanya lengkap seperti ansuran rumah, bil elektrik..
…perbelanjaan persekolahan dan kad kredit juga diberi, tapi masih keluarkan kenyataan saya tak tidak bertanggungjawab
Ujarnya lagi, dia lebih menyimpan fakta tersebut di mahkamah meskipun wujud tohmahan tidak berasas daripada pihak belah sana.
View this post on Instagram
Secara keseluruhan jumlah saya beri lebih RM15,000 hingga RM20,000. Walaupun ekonomi meleset dan bisnes tidak menentu, saya beri juga nafkah.
Sementara itu, Roslan sebagai plaintif memfailkan nusyuz terhadap isteri pertamanya itu kerana dikatakan keluar rumah tanpa keizinan pad 24 September 2021.
Dia yang hadir bersama ibu Miera Leyana, Aisah Abdullah turut memberi keterangan sebagai saksi.
Adibah sebelum ini enggan bercerai seperti yang difailkan Rosland lalu mahkamah telah mengarahkan kedua-dua mereka untuk melalui proses JKP.