Seorang pengguna media sosial mencetuskan perbincangan apabila mempersoalkan corak pada sejadah keluaran jenama Naelofar yang didakwa mempunyai ‘logo halus tersembunyi’ iaitu imej kepala kambing yang sinonim dengan amalan ‘Satanism’
Menerusi satu hantaran di Threads, individu tersebut bertanya kepada pelanggan jenama berkenaan sama ada sejadah yang dibeli turut mempunyai corak yang sama seperti yang ditemuinya.


“Anyone customer naelofar can confirmkan ke sejadah korang ada logo halus tersembunyi ni ke? Aku paneh ni, ni logo baal / sekutu eipstein semua lah sembah setan bagai (gucci, prada, balenciaga, genshin impact, etc).”
Hantaran tersebut kemudiannya menarik perhatian pengguna lain yang turut memberikan pandangan mengenai kemungkinan punca corak tersebut muncul pada rekaan sejadah.
Seorang pengguna menjelaskan perkara itu mungkin berlaku secara tidak sengaja dalam proses menghasilkan corak rekaan.
“Usually cara designer buat pattern ni dia illustrate satu side je dulu. Contoh artboard A3, dia buat half je A3 tu. Then side lagi satu dia flip/mirror artwork tu untuk complete the pattern.
Difahamkan, pihak Naelofar turut tampil menjelaskan isu sebenar dan menafikan dakwaan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

