Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Naelofar Hijab Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Naelofar Hijab hari ini memohon maaf atas pelancaran koleksi tudung #BeLofa yang dilaksanakan di ruang acara sebuah kelab malam.  Berita Harian Online melaporkan, Noor Nabila Mohd Noor yang juga kakak Neelofa berkata, mereka akan memastikan kekhilafan ini tidak berulang.

Advertisement

Majlis pelancaran yang sepatutnya menjadi acara istimewa untuk jenama kami, menjadi isu perdebatan dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Sepanjang majlis pada malam itu, kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan apa-apa jenama dan botol minuman keras, gelas serta perkakas diasing dan dikeluarkan sepenuhnya daripada tempat terbabit sebelum majlis berlangsung.

Akses ke bar dan kelab lain juga ditutup serta merokok dilarang sama sekali sepanjang majlis berkenaan.

Pelbagai pihak termasuk Mufri Wilayah Persekutuan, Mufti Perak dan Mufti Negeri Sembilan turut membuat teguran kepada Neelofa kerana melancarkan tudung di tempat itu:

Semua perkakas termasuk sudu, garpu dan gelas yang digunakan tetamu disediakan syarikat katering terbabit.

Noor Nabila berkata lokasi itu dipilih kerana kemudahan yang terdapat di tempat itu:

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Mereka menawarkan ruang untuk disewa sebagai tempat acara pada setiap Ahad dan Isnin kerana premis berkenaan tidak dibuka untuk kunjungan umum.

Selain itu, sistem pencahayaan yang memberi efek neon, sistem bunyi, paparan LED dan sokongan teknikal adalah antara kemudahan yang diperlukan untuk menjayakan majlis itu.

Semuanya didatangkan dalam satu pakej yang ditawarkan pihak terbabit.

Noor Nabila yang juga isteri kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad berkata, pihaknya mengambil langkah segera bagi membetulkan keadaan sebaik kontroversi tercetus.

Tiada yang lebih penting daripada mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan semua.

Kami mengambil serius dan mendengar semua komen mengenai isu ini. Kami akan menggunakannya untuk membimbing kami secara positif bagi mengelak insiden sama berulang.

Kami amat berharap agar diberi peluang untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan.

Koleksi tudung #BeLofa dlancarkan pada malam Isnin lepas di ruang acara sebuah kelab malam, dan seterusnya menimbulkan reaksi negatif Netizen. – beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

98 Comments

  1. neelopuih

    March 1, 2018 at 12:03 am

    alasan luar kawalan apa ke bende ni? kemon laaa, bende ni bukan inpromptu kot, mesti ada planning kan? masa planning tu ko ke kakak ko ke tak bole ke kensel bila npk lokasi zouk dgn agenda menari seme? kata ko bijak kan, tak bole ke pikir implikasi kalau korang go on dgn plan mcm hanat tu? lost respect betol la. peminat ko mmg bongok kalau bole terima alasan luar kawalan tu. it’s all in yr hands! tolong jangan membodohkan orang bole tak?

  2. dally

    February 28, 2018 at 10:39 pm

    move on lofa, you dont deserve fatah

  3. Anonymous

    February 28, 2018 at 9:53 pm

    Nabila..lepas beranak nanti majlis akikah boleh buat di ZOUK yer…LMK nk akad nikah buat di ZOUK…kalau ada kematian pun boleh jer di ZOUK..ye la..kat rumah nanti kena alih2 perabot kan…sesuai sgt dgn famili ni.

  4. Anonymous

    February 28, 2018 at 9:46 pm

    A nation disgrace!! Company officially buat statement maaf..what abt u personally? Still bongkak..entah2 dibelakang satu family masih tak puas hati. Money can buy all yer Lofa? Jom ramai2 kita unfollow IG..dah 5.4M..

  5. Hehehe

    February 28, 2018 at 9:45 pm

    Kita tunggu pulak 11 mac ni…fatahfazura buat kenduri utk peminat pulak…kita wait snd see ada tak hjh milofa ni buat benda pelik2..kiki

Loading...
To Top