Nadzmi Adhwa Sebak Rindu Ardell – “Tidur Susah, Solat Susah, Saya Yang Penat Tengok Dia”

Hiburan

Nadzmi Adhwa Sebak Rindu Ardell – “Tidur Susah, Solat Susah, Saya Yang Penat Tengok Dia”

Pelakon Nadzmi Adhwa tidak dapat menahan air mata apabila meluahkan rasa rindu terhadap isterinya, Ardell yang kini berada di kapal misi kemanusiaan menuju Gaza, lapor Utusan.

Momen penuh emosi itu berlaku ketika sesi siaran langsung di TikTok @alwadelhijab baru-baru ini. Dalam siaran tersebut, Nadzmi turut mengingatkan peminat agar terus memberi sokongan kepada isterinya kerana tudung yang dipromosikan adalah hasil rekaan Ardell sendiri.

Advertisement

“Awak semua sokong Ardell ya, itu rekaan dia, bukan saya,” katanya sambil sebak ketika menjawab pertanyaan netizen sama ada dia merindui isterinya. “Mestilah rindu, gila tak rindu,” tambahnya lagi.

Nadzmi berkongsi bahawa meskipun berjauhan, Ardell sentiasa berpesan agar dia menghargai peminat dan terus memberi hadiah sementara menunggu kepulangannya. Malah mereka kerap berkongsi iCloud Photos yang membolehkannya melihat rakaman Ardell di kapal secara terus di telefonnya.

Namun, di sebalik senyuman yang ditunjukkan Ardell, Nadzmi mengakui isterinya melalui keadaan yang sukar. “Tidur susah, sembahyang pun susah, kadang tidur sambil duduk je. Saya pun penat tengok dia,” ujarnya dengan nada sebak.

Untuk rekod, Ardell Ariana sudah hampir 13 hari menyertai Misi Global Sumud Flotilla bersama aktivis dari 44 negara. Turut serta ialah penyanyi Zizi Kirana serta beberapa aktivis Malaysia yang berlayar merentas Laut Mediterranean sejak 31 Ogos lalu.

2020-11-13 12:13:29

Isteri Sertai Misi Bantuan Di Sabah, Nadzmi Adhwa Akui Bukan Senang Nak Jaga Anak Seorang Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...