Nadzmi Adhwa Kongsi Video Kaunter Klinik Kesihatan Tidak Ada Kakitangan Ketika Waktu Rehat – “Lain Kali Fikir Dulu Sebelum Post”

Hiburan

Nadzmi Adhwa Kongsi Video Kaunter Klinik Kesihatan Tidak Ada Kakitangan Ketika Waktu Rehat – “Lain Kali Fikir Dulu Sebelum Post”

Sebuah hantaran di Threads baru-baru ini mencetuskan perdebatan apabila pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi pengalaman mengunjungi sebuah Klinik Kesihatan (KK) di Selangor. Dalam hantaran tersebut, Nadzmi mempersoalkan mengapa semua kaunter di klinik tersebut kosong dan tidak ada kakitangan yang bertugas.

“Kaunter ada lima semua tutup. Oh tengah makan tengahari rupanya,” tulis Nadzmi sambil memuat naik video yang menunjukkan keadaan kaunter kosong di klinik tersebut.

Advertisement

Nadzmi Adhwa

Walaupun perkara ini biasa berlaku semasa waktu rehat makan tengahari, hantaran Nadzmi mendapat perhatian ramai dan menimbulkan tanda tanya mengenai motif beliau memuat naik perkara tersebut.

Seorang petugas Klinik Kesihatan tersebut mendakwa bahawa Nadzmi telah bertanya sama ada kakitangan sedang berehat pada ketika itu. Walaupun sudah diberi penjelasan mengenai waktu rehat yang diberi, Nadzmi tetap memuat naik hantaran yang mengkritik situasi tersebut.

Menurut Penolong Pegawai Klinik Kesihatan yang dipercayai dari klinik berkenaan, beliau menyatakan;

nadzmi adhwa

Kenyataan ini menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan warganet. Beberapa orang mengingatkan bahawa waktu rehat adalah hak asasi manusia, dan pekerja berhak untuk makan dan solat. Mereka menambah bahawa waktu rehat biasanya diadakan dari jam 1.00 PM hingga 2.00 PM, dan ia adalah sebahagian daripada hak pekerja untuk menjaga kesejahteraan mereka.

“Habis tu tak payah lunch ke macam mana?” tanya seorang wanita.

“Waktu makan tengahari memang kena ada selalunya 1-2PM. Tak kan la nak makan dekat kaunter tu? Atau tak payah makan? Puasa berlapar je? Itu hak asasi manusia untuk 60 minit waktu rehat, makan dan solat tidak kira penjawat awam atau tidak,” kata seorang individu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-06 14:39:49

"Tak Kisahlah Orang Nak Kata I Gemok, I'm Happy In My Own Body..." - Fatiya Latiff

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...