Pelakon dan juga usahawan, Nadzmi Adhwa tampil meluahkan rasa kesal apabila ada sesetengah netizen di luar sana melabelnya sebagai suami tidak berguna gara-gara melepaskan isterinya menyertai misi di Gaza.
Dalam satu siaran langsung, Nadzmi berkata dia mengizinkan Ardell menyertai misi kemanusiaan itu untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestin, bukan untuk berperang.
Kenapa semua nak marah saya bila Ardell pergi? Ada yang cakap saya bongok, tak pandai jaga isteri. Malah ada yang hina saya tak ada telur sebab biarkan isteri pergi, bukan suami.
Ardell bukan pergi berperang, dia cuma bawa bantuan. Tak ada senjata pun, kepada perlu risau sampai kata suami yang teruk.
Malah menurut Nadzmi, dia memberi dorongan buat isterinya selepas yakin dengan niat murni Ardell.
Apa yang penting, dunia sedang memerhati. Kalau berlaku sesuatu pada kapal mereka, semua pasti akan tahu cepat. Itu penting Ardell dan Zizi ada di sana.
Jelasnya lagi, tidak semua orang boleh menyertai misi kemanusiaan itu kerana komitmen masa dan kewangan.
Alhamdulillah saya dan Ardell dikurniakan rezeki lebih. Dia pergi misi kemanusiaan, tapi saya boleh meneruskan perniagaan cari rezeki untuk anak-anak. Duit lebih ada dia boleh salurkan untuk bantuan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.