Pelakon popular dan berbakat, Nadiya Nisaa mengakui beliau kini sudah berhijrah dan berhijab sepenuhnya sejak bulan Ramadhan lepas iaitu ketika beliau masih mengandungkan bayi keduanya.
Walaubagaimanapun, Â pada 31 Julai lalu, bayi yang dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut.
Nadiya sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung tetapi sebelum ini beliau masih lagi terikat dengan beberapa kontrak kerja. Namun, kini beliau sudah tiga bulan mengenakan tudung dan berharap agar dikuatkan iman untuk kekal berubah.
Jadi, Ramadan lalu semasa masih mengandungkan bayi kedua dan berpantang, saya mengambil keputusan untuk berehat di rumah. Ketika itulah saya perlahan-lahan cuba mengenakan tudung.
Alhamdulillah, selepas tiga bulan berlalu, saya semakin selesa dengan perubahan diri dan berdoa agar terus dikuatkan iman untuk istiqamah.
Pada masa yang sama, Nadiya merasa syukur kerana suaminya menyambut baik perubahan beliau. Malah, suaminya juga memuji beliau kelihatan lebih ayu ketika bertudung.
Ayat pertama yang keluar dari mulutnya memberitahu betapa cantiknya saya bertudung. Dia amat sukakannya .
Tahniah kepada Nadiya Nisaa yang kini sudah berubah ke arah yang lebih baik. Kami mendoakan agar Nadiya diberikan kekuatan iman yang kuat untuk kekal dengan imej sebegini sehingga akhir hayat.