Perkembangan terkini mengenai kapal Mikeno masih menjadi tanda tanya apabila Pusat Kawalan Global Sumud Flotilla (CC GSF) tidak dapat mengesahkan keadaan sebenar kapal tersebut.
Menurut rekod tracker dan sistem AIS, Mikeno dilihat berada dalam kawasan perairan Gaza, namun laluan yang ditunjukkan tidak selari dengan pergerakan biasa sebuah kapal layar.
View this post on Instagram
Walaupun kedudukannya dikesan, masih belum dipastikan sama ada para peserta masih berada di atas kapal. Malah, penduduk Gaza juga tidak dapat melihat kapal ini dari pesisir pantai.
Bagaimanapun, pihak terlibat menegaskan orang ramai tidak perlu terlalu bimbang kerana diyakini semua peserta berada dalam keadaan selamat, inshaAllah.
Untuk makluman, Mikeno membawa peserta dari Brazil, Turkiye, Belanda, Norway, Amerika Syarikat, Sepanyol dan juga Malaysia melalui penyertaan pelakon Ardell Aryana.
Secara berseloroh, ada yang menyebut bahawa jika Mikeno benar berjaya menjejakkan diri ke pantai Gaza, Ardell boleh dianggap sebagai “Wali Gaza baharu dekad ini.”