Nadir Al Nuri Disindir Gara-Gara Makan Sedap Tepi Pantai

Trending

Nadir Al Nuri Disindir Gara-Gara Makan Sedap Tepi Pantai

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menerima kecaman gara-gara memuat naik status peringatan supaya tidak melupakan saudara Palestin.

4 bulan lalu

‘Tak Ada Masalah Nak Tunjuk Bukti, Kerja NGO Ni Ada Hitam Putih’ - Nadir Al-Nuri

Advertisement

Dalam hantaran status itu, Nadir berkata dalam keseronokan merentas negeri dan pulang ke kampung, orang ramai harus ingat kepada saudara Palestin yang sudah 73 tahun menunggu untuk pulang ke kampung halaman mereka.

nadir al nuri

Hantaran ini walau bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa orang ramai. Netizen berpendapat, kenyataan yang dibuat merosakkan ‘mood’ gembira dibenarkan rentas negeri selepas setahun melawan pandemik.

Terbaru, Nadir disindir netizen selepas memuat naik foto sedang menikmati sarapan bersama tim Cinta Gaza Malaysia di Palestin. Dalam hantaran itu, mereka dilihat sedang menikmati hidangan di tepi pantai.

Advertisement

Nadir walau bagaimanapun menjelaskan, tempat sahaja nampak mewah tetapi kos makanan untuk 15 orang hanya RM100. Dia tidak kisah dengan kecaman dan menganggap orang ramai tidak mengenali siapa mereka dengan baik.

nadir al nuri gaza

palestin

Meninjau ke ruangan komen, ada segelintir netizen ‘membalas’ dengan menyatakan aktivis kemanusiaan itu perlu memikirkan kesusahan orang Palestin. Malah, dia tidak sepatutnya berseronok makan di tempat selesa seperti itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...