#NadiaNgidamCili: 3 Filem Pendek Yang Diadaptasi Dari Novel Penerbitan Indie

Trending

#NadiaNgidamCili: 3 Filem Pendek Yang Diadaptasi Dari Novel Penerbitan Indie

Jarr memiliki kebolehan untuk melihat sesuatu dari alam lain. Dia ibarat seperti seorang penyiasat. Sehinggalah suatu hari dia mendapat tahu Hisham, kawan baiknya masih tinggal dengan Nadia, Nadia adalah isteri kepada Hisham yang telah meninggal dunia setahun yang lalu. Jarr cuba berusaha menyakinkan Hisham bahawa Nadia telah pergi.
Adaptasi cerpen Jarr Najmuddean dalam buku #CeritaSeram terbitan Dubook Press

Advertisement

Seorang bakal ayah, Rashid tidak percaya bahawa isterinya yang sedang mengandungkan anak pertama mengidamkan televisyen LED 60 inci. Rashid keliru dengan permintaan isterinya. Semakin hari semakin isterinya memberontak.
Adaptasi cerpen Lang Rahman “Celupar” dalam buku DABEL DATE terbitan Lejen Press

Pak Rabu mempunyai gerai nasi lemak. Gerainya itu boleh dikira popular di kalangan orang kampungnya. Ini kerana Pak Rabu sangat menitik beratkan kualiti dalam setiap ramuan yang diguna. Satu hari cili yang diperlukan untuk memasak sambal nasi lemak telah kehabisan. Lalu bermula pengembaraan Pak Rabu mencari cili.
Adaptasi dari buku CERPEN NADIA KHAN terbitan Buku Fixi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...