Malaysia sememangnya sebuah negara yang sudah tidak selamat lagi. Setiap hari kalau Abang Nara baca suratkhabar, macam-macam kes rogol, samun dan penculikan. Kadang-kadang Abang Nara sendiri takut untuk berjalan di negara sendiri. Dan yang terbaru, pelakon Nadia Mustafar kerugian RM20,000 selepas disamun dua lelaki bermotosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu, Kuala Lumpur semalam.
Kesilapan Nadia ialah meletakkan beg tangannya di tempat duduk penumpang di dalam kereta Toyota Camry miliknya. Sememangnya godaan beg tangan di tempat duduk penumpang sebegitu amat tinggi untuk penyamun-penyamun yang semakin rakus di Malaysia. Akibatnya, seorang penyamun yang masih bertopi keledar membuka pintu dan membawa lari beg tangan Nadia. Kata Nadia:-
Saya baru tiba di tempat letak kereta pasar itu apabila tiba-tiba dua lelaki berhenti di sebelah pintu kiri saya sebelum seorang daripada mereka membuka pintu dan melarikan beg tangan saya. Di dalam beg itu ada tiga beg kecil masing-masing berisi wang perniagaan RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi.Wang itu hasil pendapatan berniaga yang sebahagiannya saya mahu bayar gaji enam pekerja
Semoga kejadian yang menimpa Nadia ini menjadi pengajaran untuk kita. Sama-samalah kita lebih berhati-hati selepas ini. Pesan Abang Nara, jangan letak apa-apa barang di tempat duduk penumpang. Penyamun memang suka benda-benda sebegitu.

missIDA
April 4, 2012 at 1:39 pm
ramai penyamun……..bahaya :)
syampu sunsilk
April 4, 2012 at 12:54 pm
harap nadia redha dgn ketentuanNya..mungkin sudah trsurat bukan rezeki nadia…Insyaallah mesti ada rezeki yg lebih besar dari kehilangan ini..harap bersabar ya…
me..
April 4, 2012 at 10:34 am
tips utk mereka yg kluar duit byak2 dr bank : rquest kat staf bank utk kira duit guna mesin dlm bilik..bukan mesin kat belakang kaunter tu je..coz bunyi msin kira duit tu bole tarik phatian pjenayah yg dok usha dlm bank.. *info dari pegawai polis dlm intview kat MHI.
Kurus
April 5, 2012 at 1:57 pm
tp mcmana kalu polis siasat kt bank tu..
tk ada pun wang sebanyak yg hilang itu telah dikeluarkan
l
April 4, 2012 at 12:00 am
bagus la nadia ni rilek jer takdelah macam jutawan pompuan yg bimbo yg hilang setengah juta yg keluar kat berita tadi tu.. dahalah bimbopastu kecoh pasal barang kau setengah juta kau hilang pastu macam yeeyr alahai setakat harta dunia tak payah kira sangt la makcik bimbo jutawan poyo kau kan kaya setengah juta sebeha mata je kan??? ooppppss mcm lari topik jer