Nadia Mustafar Disamun, Rugi RM20,000

Hiburan

Nadia Mustafar Disamun, Rugi RM20,000

Malaysia sememangnya sebuah negara yang sudah tidak selamat lagi. Setiap hari kalau Abang Nara baca suratkhabar, macam-macam kes rogol, samun dan penculikan. Kadang-kadang Abang Nara sendiri takut untuk berjalan di negara sendiri. Dan yang terbaru, pelakon Nadia Mustafar kerugian RM20,000 selepas disamun dua lelaki bermotosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu, Kuala Lumpur semalam.

nadia mustafar disamun

Advertisement

Kesilapan Nadia ialah meletakkan beg tangannya di tempat duduk penumpang di dalam kereta Toyota Camry miliknya. Sememangnya godaan beg tangan di tempat duduk penumpang sebegitu amat tinggi untuk penyamun-penyamun yang semakin rakus di Malaysia. Akibatnya, seorang penyamun yang masih bertopi keledar membuka pintu dan membawa lari beg tangan Nadia. Kata Nadia:-

Saya baru tiba di tempat letak kereta pasar itu apabila tiba-tiba dua lelaki berhenti di sebelah pintu kiri saya sebelum seorang daripada mereka membuka pintu dan melarikan beg tangan saya. Di dalam beg itu ada tiga beg kecil masing-masing berisi wang perniagaan RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi.Wang itu hasil pendapatan berniaga yang sebahagiannya saya mahu bayar gaji enam pekerja

Semoga kejadian yang menimpa Nadia ini menjadi pengajaran untuk kita. Sama-samalah kita lebih berhati-hati selepas ini. Pesan Abang Nara, jangan letak apa-apa barang di tempat duduk penumpang. Penyamun memang suka benda-benda sebegitu.

P.S: Bilik komputer yang cool

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...