‘Nadia’ Menjadi Harimau Malaya Pertama Diuji Positif COVID-19

COVID-19

‘Nadia’ Menjadi Harimau Malaya Pertama Diuji Positif COVID-19

Sejak kebelakangan ini kita ada mendengar ‘ura-ura’ mengatakan bahawa coronavirus telah mula menjangkiti binatang di sekeliling kita, apabila dikhabarkan terdapat beberapa ekor haiwan peliharaan telah diuji positif virus COVID-19.

Baca: Seekor Kucing Milik Pesakit Coronavirus Telah Diuji Positif Di Belgium

Advertisement

Tidak kurang bezanya dengan cerita kali ini, dikhabarkan terdapat seekor harimau betina berusia 4 tahun yang terdapat di Zoo Bronx di New York City telah disahkan positif virus tersebut.

Menurut laporan yang dibuat oleh Makmal Perkhidmatan Veterinar Kebangsaan di Lowa, harimau yang bernama Nadia itu telah menunjukkan beberapa simptom mengenai virus itu seperti mengalami batuk kering dan penurunan selera makan.

Selain ‘Nadia’, dua ekor harimau yang lain serta tiga ekor singa Afrika turut mengalami gejala yang sama

Kami menguji harimau ini dengan penuh berhati-hati bagi memastikan maklumat mengenai COVID-19 yang kami dapat akan membantu seluruh dunia tentang pemahaman mengenai novel Coronavirus ini

Haiwan tersebut dipercayai telah dijangkiti oleh penjaga zoo di sana.

Tetapi menurut sumber, sehingga kini pihak zoo masih tidak dapat menjelaskan bagaimana virus ini boleh dijangkiti pada haiwan tersebut. Sehingga kini  juga masih tiada bukti bahawa jangkitan COVID-19 boleh berpunca dari haiwan termasuklah haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing.

Walau bagaimanapun, mereka akan terus memantau haiwan-haiwan di zoo tersebut dengan teliti. Pihak zoo tersebut juga telah membuat keputusan untuk menutup zoo ini daripada kunjungan orang ramai sebagai langkah berjaga-jaga.

Buat masa ini, semua haiwan yang dipercayai telah dijangkiti telah diasingkan dan di tempatkan di kawasan Tiger Mountain Zoo di sana.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...