Nadia Brian Tidak Mahu Dikaitkan Dengan Bekas Suami Lagi

Hiburan

Nadia Brian Tidak Mahu Dikaitkan Dengan Bekas Suami Lagi

“Saya tak mahu ada apa-apa kaitan dengannya lagi”, itulah apa yang ditegaskan oleh pelakon, Nadia Brian yang sebelum ini disahkan berpisah dengan Muizz Nasruddin.

Nadia dalam satu kenyataan meminta agar semua pihak tidak menggunakan atau mencantumkan gambar dia bersama bekas suami dalam apa jenis siaran media mahupun posting facebook.

Advertisement

Saya mohon kepada semua pihak supaya tidak menggunakan gambar saya bersama bekas suami, tidak kiralah gambar bersama dalam satu foto atau gambar yang dicantumkan.

Saya juga minta Muizz supaya memadam gambar-gambar yang ada kaitan dengan saya tidak kiralah sama ada dalam simpanannya atau di platform media sosial. – Tegasnya dalam satu kenyataan kepada Harian Metro.

Tidak cukup dengan itu, Nadia juga meminta bekas suaminya itu untuk memulangkan semua 19 kotak yang didakwa barangan miliknya termasuk hadiah peminat, barangan daripada pereka fesyen dan tajaan.

Nadia turut menjelaskan dakwaan netizen yang mengatakan dia kerap keluar walaupun baru seminggu bercerai yang kini terpaksa mencari rezeki sendiri untuk menyara ibu dan neneknya.

Saya keluar bekerja. Memanglah di Instagram nampak macam saya sendiri tapi itu semua adalah atas urusan kerja. Saya tahu ada netizen kritik dan saya berterima kasih kepada yang faham dengan situasi saya. – katanya.

Semoga segala urusan Nadia dipermudahkan dan kami menghormati permintaan Nadia untuk tidak menyiarkan gambarnya bersama bekas suami lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...