Nadia Brian Terseliuh Di Set Penggambaran, Terpaksa Bergerak Guna Kerusi Roda

Hiburan

Nadia Brian Terseliuh Di Set Penggambaran, Terpaksa Bergerak Guna Kerusi Roda

Mendedahkan dirinya mengalami kecederaan pada bahagian kaki ketika sedang mengikuti penggambaran sebuah drama di Pekan, Pahang semalam, pelakon Nadia Brian akui kaki kirinya terseliuh akibat terjatuh ketika bermain badminton dalam satu insiden yang berlaku kira-kira pukul 6 petang.

nadia brian terseliuh

Advertisement

Menurutnya, sedang menunggu giliran untuk babak seterusnya, beliau mengambil pendekatan untuk bermain badminton. Namun, malang tidak berbau, ketika melompat, Nadia dikhabarkan terjatuh sekali gus menyebabkan kakinya terseliuh.

“Kaki saya terus bengkak bertukar warna biru. Itu yang saya terus dibawa ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan,

Menurut Nadia, doktor kemudian memberikannya cuti rehat selama lima hari sebelum boleh meneruskan penggambaran semula.

“Buat masa ini, pihak produksi terpaksa tarik jadual dulukan babak pelakon lain dulu sebelum saya boleh masuk ke set semula.”

Bagaimanapun, ujar Nadia, beliau kini dijangka akan berada di Pahang sehingga tamat penggambaran drama bersiri Rudy VS Jolie hujung bulan ini.

Terdahulu, pengarah drama tersebut, Shuhaimi Lua turut berkongsi berita mengenai insiden yang melibatkan pelakonnya itu di Instagram.

Katanya heroin drama itu akan direhatkan buat beberapa hari dan akan kembali ke set setelah sembuh daripada kesakitan.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...