Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nadia Brian Minta Izin Keluarga Lakonkan Babak Intim

Menjadi seorang pelakon bukanlah satu perkara mudah, lebih-lebih lagi jika perlu menjayakan babak intim. Ia adalah satu keputusan berat yang perlu dilakukan. Kehendak pengarah perlu dituruti namun maruah diri dan keluarga juga perlu dijaga.  Abang Nara suka dengan cara Nadia Brian yang meminta izin keluarga sebelum melakukan babak intim. Sekurang-kurangnya keluarga Nadia tidak terkejut apabila menonton adegan tersebut.

nadia brian

Advertisement

Babak intim dilakonkan bersama Amar Asyraf dalam filem Blok 404. Kata Nadia:-

Sebagai pelakon baharu, sejak awal-awal lagi saya sudah menjelaskan hal sebenar dan tuntutan kerja bagi filem ini kepada keluarga. Mereka memahami dan pastinya, saya memohon keizinan keluarga terlebih dulu sebelum melakonkan babak itu.

Lagipun, banyak teknik helah kamera digunakan dalam filem ini, termasuk babak intim saya dengan Amar. Ia dilakukan bagi memberikan hasil meyakinkan dan terbaik kepada penonton

nadia brian

Diharap apabila nama Nadia Brian sudah meningkat dan semakin popular, bolehlah “demand” untuk kurangkan babak sebegini. Awal-awal ini kalau minta lebih-lebih takut kena cop je. Tak pasal-pasal terus tak ada sebarang tawaran berlakon. Tak gitu? Apa pula pendapat anda? Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top