February 11th, 2015

Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke 6 iaitu Nadia bakal bergelar tunang orang pada April depan.

Nadia yang akan bertunang bersama kekasih Hafiz Hamdan kini sedang sibuk membuat persiapan bagi hari istimewa yang dihadiri oleh 100 orang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan media.

Sekarang saya sedang buat persiapan pertunangan untuk jemputan seramai 100 orang terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan kawan-kawan media.

Nadia yang menjelaskan sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri memberitahu perkahwinan mereka bakal berlangsung sekitar bulan Disember nanti.

Tahniah kami ucapkan buat Nadia AF 6 dan bakal tunang beliau. Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...