Pelakon terkenal, Nad Zainal, tampil menjelaskan keadaan sebenar selepas menerima pelbagai teguran mengenai perubahan fizikalnya, khususnya di bahagian perut.
Demikian respons Nad, 35, yang mengakui ramai mula bertanya dan membuat andaian mengenai bentuk tubuhnya sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, dia pada awalnya enggan mengumumkan berita tersebut, namun memilih untuk bersuara selepas menerima komen tentang fizikalnya..
Perkongsian itu segera mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya mengucapkan tahniah serta mendoakan agar urusan kehamilannya dipermudahkan.
Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari 2023. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Indera Puteh yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum itu, Nad pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin pada Disember 2015 namun perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian pada tahun 2022. Hasil perkahwinan terdahulu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
