Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nad Zainal Sedia Jika Ditakdirkan Hamil Awal

Selepas melalui episod cinta yang penuh dengan kontroversi, Nad Zainal akhirnya menemui kebahagiaan apabila bernikah dengan Muhammad Faliq sekitar bulan Disember tahun lalu.

Kata orang pasangan ini masih lagi berada dalam mood honeymoon, namun Nad sebenarnya sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata dan tidak kisah jika rezeki untuk beliau hamil tiba lebih awal.

Advertisement

Selepas berkahwin, saya sudah bersedia menjadi ibu. Cuma belum rezeki lagi untuk saya mengandung. Cuma Faliq pernah cakap, kalau boleh nak hidup berdua dulu dalam tempoh setahun. Tapi, kalau ada rezeki hamil awal, saya terima saja.

Malah, Nad juga pernah menyangka beliau hamil sebelum ini apabila terasa pening dengan kerap.

Sebagai isteri, pasti saya teruja jika hamil. Lucunya, suami saya, apabila mendapat tahu punca sebenar saya pening akibat kesan detox produk kecantikan yang diamalkan, dia sempat menyakat.

Advertisement

Ada sesetengah wanita yang cantik tentu risau tentang penampilan mereka jika hamil. Dengan hormon yang tidak stabil, badan mungkin akan menjadi lebih gempal.  Walaubagaimanapun, Nad tidak kisah dengan semua itu kerana pada zaman moden ini terdapat pelbagai alternatif untuk menguruskan badan selain mempunyai semangat yang kuat untuk bentuk badan kembali seperti asal.

Bila fikir soal anak, pasti kita akan merasa seronok bukan? Mula lah terbayang bagaimana kita menjadi ibu dan bapa. InshaAllah satu hari nanti pasti Nad Zainal akan ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Teruskan berdoa..

Sumber Berita: BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top