Pelakon Nad Zainal yang sebelum ini memuat naik foto mesra berlaga pipi bersama kekasihnya di Instagram telah bertindak untuk memadam foto tersebut setelah menerima pelbagai reaksi daripada pengikut beliau di Instagram.
Malah ada kenalan Nad memberitahu bahawa jejaka yang dikenali dengan nama Faliq itu seorang kaki perempuan dan kelakuan pelakon tersebut yang dahulunya sopan santun telah berubah sejak beliau mula rapat dengan Faliq juga seorang penuntut di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bersama-sama Nad satu ketika dahulu.
Mungkin peminat kurang selesa dengan foto mesra Nad lalu membuatkan mereka untuk memberikan pelbagai komen. Berikutan dengan dakwaan bahawa perangai Nad yang sudah jauh berbeza, kami rasa beliau sudah boleh berfikir dengan matang untuk mengikut mana yang baik dan buruk. Janganlah terbawa-bawa dengan perasaan cinta, bukankah Nad sendiri pernah menyatakan mahu fokus pada kerjaya terlebih dahulu?