Baru-baru ini, ada peminat yang mendakwa aktres Nad Zainal seorang yang sombong kerana tidak begitu mesra bersama peminat apabila mereka mahu bergambar dan berbicara sebentar bersama artis pujaan mereka.
Walaubagaimanapun, Nad menafikan perkara tersebut kerana ada sesetengah peminat membuat permintaan yang tidak masuk akal dan melampu sehingga beliau tidak mampu untuk menunaikannya.
Kadang-kadang permintaan ada di antara mereka agak melampau dan saya tidak boleh toleransi dengan karenah sebegitu.
Saya bukan seorang yang tidak mesra dan sombong dengan peminat sekiranya mereka mendekati secara baik, saya juga akan layan dengan biasa.
Buat Nad, isu peminat yang bertindak di luar batasan bukanlah satu perkara baru bagi beliau sepanjang bergelar anak seni
Peranah sekali sebelum ini keadaan bertambah parah apabila sebelum ini ada peminat yang mahu beliau dan Remy Ishak bercinta sehingga menyebabkan beliau merasa  ‘segan’ dengan aktor tampan itu apabila perkara tersebut terjadi.
Mereka mengharapkan sesuatu yang lebih daripada seseorang artis dan saya sendiri tidak mampu untuk memberi perhatian tertentu kepada kerenah segelintir peminat ini. Malah sebelum ini ada yang berkeras mahu saya bercinta dengan Remy Ishak sehingga saya berasa segan untuk bertemunya kerana permintaan bukan-bukan daripada peminat.
Peminat kalau dah jumpa artis pujaan mereka memang boleh histeria dibuatnya sampai tidak sedar lagi perasaan artis itu sendiri jika permintaan mereka di luar batasan. Iyalah, kadang-kadang janganlah terlalu fanatik dan terbawa-bawa dengan drama lakonan mereka.