Jumaat lalu, pelakon Nad Zainal telah dibawa menaiki ambulans setelah mengadu sakit ketika sedang berada di sebuah majlis pelancaran produk.
Namun, insiden tersebut yang disangka sudah sampai waktu buatnya bersalin anak kedua rupa-rupanya hanyalah kesakitan kerana kekejangan kaki.
Pelakon Takdir Yang Tertulis itu dilaporkan telahpun berada di rumah dan sedang berehat sambil menunggu hari kerana dia kini dilaporkan sudah sarat hamil lapan bulan.
Dalam satu hantaran kemas kini terbaru, Nad meminta peminat serta pengikut media sosial agar mendoakan urusan melahirkan anak keduanya nanti dipermudahkan dan selamat buat ibu dan anak.
View this post on Instagram
Terdahulu, Nad telah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 yang lalu dan telahpun dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun.