Pelakon Nad Zainal berkongsi mengenai persoalan mengenai pilihannya untuk menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan oleh peminat.
Menerusi hantaran di TikTok, aktres ini berkata sekolah kerajaan lebih jimat dan berpendapat bahawa didikan dan disiplin terbentuk di rumah dan bukannya tempat belajar.
Ramai yang tanya saya kenapa tak hantar anak sekolah swasta? Oh jawapannya mudah. Jimat dan saya yakin hantarlah mana sekolah pun, didikan dan disiplin awal dari rumah.
Yang penting ikut kemampuan dan ramai saja yang berjaya di luar sana ‘produk’ sekolah kerajaan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai berpendapat yang sama dengan isteri kepada pelakon Ungku Ismail ini kerana ramai yang menempah kejayaan selepas tamat belajar di sekolah kerajaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.