Umum mengetahui aktres Nad Zainal kini sedang hamil lima bulan. Dijangka bakal bersalin pada bulan Oktober ini, Nad tidak mahu merahsiakan jantina anaknya dan mendedahkan beliau bakal menimang cahaya mata lelaki.
Buat Nad beliau tidak kisah sebenarnya jika dikurniakan anak lelaki mahupun perempuan. Pada masa yang sama beliau akui tidak sabar untuk bergelar ibu tetapi ada juga perasaan gementar.
Saya dan suami tidak kisah menerima cahaya mata lelaki atau perempuan. Ketika melakukan imbasan tiga minggu lalu dan dimaklumkan bakal menimang cahaya mata lelaki, kami terlalu gembira.
Apabila sudah mengetahui jantina bayi, mudah untuk kami membeli kelengkapan sebagai persediaan.
Tiada apa yang diharapkan oleh Nad kecuali dipermudahkan segala proses untuk bersalin nanti.
Ketika ini, banyak perancangan kami untuk masa depannya.Saya dan suami hanya berharap semua urusan menanti kelahirannya nanti dipermudahkan Allah.
Alhamdullilah, nampaknya Nad Zainal sudah mengetahui jantina anaknya. Tiada apa yang perlu disorokkan dan bagus untuk berkongsi berita gembira seperti ini dengan orang ramai. Kami doakan segala proses Nad menanti kelahiran cahaya mata sulungnya berjalan dengan lancar. Amin..