Nad Zainal Ambil ‘Supplement’ Kurus, Netizen Luah Rasa Bimbang – “Tak Takut Masuk Hospital Lagi?”

Hiburan

Nad Zainal Ambil ‘Supplement’ Kurus, Netizen Luah Rasa Bimbang – “Tak Takut Masuk Hospital Lagi?”

Seperti yang ramai ketahui, aktres jelita iaitu Nad Zainal sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital selama hampir sebulan akibat pendarahan pada bahagian paru-paru.

Walaupun pelakon berusia 32 tahun itu kini sudah kembali pulih semula dan berada di dalam keadaan baik, namun ramai peminat yang masih prihatin dengan keadaan kesihatannya.

Advertisement

Lebih-lebih lagi apabila Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, pelakon Cina Buta itu dilihat mempromosikan makanan tambahan atau supplement untuk menurunkan berat badan.

Namun, perkongsian Nad itu telah mengundang rasa bimbang orang ramai memandangkan dia baru sahaja sembuh dari penyakitnya.

Bukan itu sahaja, netizen turut risau sekiranya makanan tambahan itu boleh mengakibatkan kesan sampingan terhadap kesihatannya.

Malah, mereka juga bimbang jika penyakitnya itu kembali menyerang semula dan meminta pelakon itu untuk berhati-hati dalam mengambil apa-apa suplemen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Netizen Makin Bimbang Dengan Perubahan Hael Husaini, Bibir Pun Dah Lain - "Dulu Macho Kenapa Sekarang Lembut Semacam"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...