Nad Zainal sebelum ini pernah memberitahu seakan merasa serik untuk bercinta selepas beberapa kali gagal dalam percintaan. Namun, tiada siapa yang boleh menolak ketentuan takdir dan peminat sudah boleh menghidu beliau sedang bercinta apatah lagi selepas gosip beliau memuat naik foto berlaga pipi bersama seorang lelaki tersebar di Internet.
Malah, dalam kenyataan terbaru Nad beliau akhirnya mengakui sudah mempunyai kekasih baharu yang merupakan seorang pelajar senior di Aswara. Hubungan mereka sebenarnya sudah terjalin hampir setahun lamanya.
Ya, saya sudah jadi milik orang. Saya sudah ada teman baharu. Tapi dia orang biasa sahaja. Bukan pelakon. Hanya bekerja di belakang tabir. Tidak sangka selepas tujuh tahun berkawan, akhirnya dia mahu menjadikan saya kekasihnya.
Sebenarnya bukan mudah untuk Nad melangkah ke alam percintaan sekali lagi, kali ini beliau lebih berhati-hati dalam memilih jejaka yang sesuai buatnya kerana sudah serik untuk menyulam cinta dengan mereka yang bergelar pelakon lagi.
Buat Nad, kekasihnya kini seorang yang sangat memahami dan sama sekali tidak mengawal apa sahaja yang beliau ingin lakukan.
Orang biasa lagi senang. Tidak banyak kerenah. Kekasih saya sangat memahami dan tidak mengawal segala pergerakan.Masing-masing faham dan sibuk dengan tugas sendiri.
Nad juga berharap agar hubungan beliau kali ini akan berkekalan dan mungkin lebih baik seperti sebelumnya. Pada masa yang sama, Nad juga mengakui tidak kisah jika beliau ditawarkan untuk berlakon bersama bekas kekasihnya satu hari nanti.
Semua orang mahukan hubungan yang berkekalan, apa yang penting belajar lah daripada kesilapan lalu agar ia tidak berulang lagi. Semoga percintaan kali ini kekal sehingga jinjang pelamin.