May 19th, 2016

Sebelum ini, ada yang mengkritik Nad Zainal terlalu berahsia mengenai kehamilannya sedangkan pada waktu itu berita tersebut telah pun tersebar di Internet.

Jelas Nad, beliau mempunyai alasan tersendiri ketika merahsikan berita gembira berkenaan. Semuanya atas nasihat doktor dan ibunya, mereka tidak mahu apa-apa berlaku kerana pada waktu itu kandungan itu masih belum kuat.

Kandungan saya sekarang ini berusia empat bulan lebih. Sebelum ini, saya pernah berkongsi berita kehamilan saya dalam akaun Instagram. Tetapi kemudian, saya padam status itu.

Bukan niat saya menyembunyikan berita itu. Semuanya atas nasihat doktor dan ibu. Ketika itu, kandungan saya baru berusia 18 minggu dan masih terlalu awal. Mereka bimbang sesuatu yang buruk berlaku kerana dalam usia begitu, rahim masih belum kuat.

Menurut Nad, beliau mungkin akan bersalin pada bulan Oktober depan. Aktres itu tidak dapat lagi menahan sabarnya untuk mengetahui jantina anaknya dan kalau boleh beliau teringin sekali untuk menimang cahaya mata perempuan.

Sebelum ini saya menjalani teknik imbasan kandungan tetapi tak nampak jantinanya. Kalau boleh, saya nak anak perempuan sebab boleh bergaya comel.

Apa yang dilakukan oleh Nad Zainal sebelum ini adalah amalan orang tua-tua agar tidak terlalu menghebahkan berita kehamilan jika ia masih berada di peringkat awal, kerana tidak mahu sebarang perkara yang buruk berlaku. Apa-apa pun, kini Nad dan kandungan berada didalam keadaan sihat dan semoga proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...