June 12th, 2020

Penyanyi yang sering dikecam bersuara sumbang, Nabila Razali curi perhatian warganet apabila beliau difahamkan tidak lagi mengikuti akaun-akaun kenalannya di laman Instagram sehingga senarai “following” di akaunnya bertukar menjadi sifar.

nabila razali unfollow kenalan di IG

Menurut Nabila, perkara sedemikian tidak erlu diperbesar-besarkan kerana menurutnya insiden yang berlaku tempoh hari banyak memberi pengajaran buat dirinya berkenaan erti persahabatan.

“Bila saya unfollow, itu tak bermakna saya tidak mengambil tahu tentang rakan-rakan baik.”

Tambah Nabila, ia merupakan fasa permulaan buat dirinya. Beliau dikhabarkan mahu lebih bersikap matang dan hanya akan memikirkan perkara yang mendatangkan kebaikan sahaja.

nabila razali unfollow kenalan di IG

Katanya lagi, wujud segelintir pihak seakan bertanya berkenaan tindakannya melakukan perkara tersebut namun jawab Nabila, buat masa ini, beliau hanya mahu mengosongkan minda dan fikirkan benda-benda yang positif sahaja.

“Pastinya saya akan follow mereka balik nanti bila tiba masanya cuma sekarang janganlah diperbesarkan.”

Terdahulu, insiden yang dimaksudkan Nabila adalah apabila beliau terkucil dan bersuara sumbang ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua di salah sebuah program di kaca televisyen.

nabila razali unfollow kenalan di IG

Berikutan perkara tersebut, wujud juga segelintir pihak tidak bertanggungjawab memaki hamun cara nyanyian Nabila yang jauh lebih buruk berbanding nyanyian kanak-kanak di bangku sekolah.

Lebih perit, rata-rata warganet turut mempertikaikan tahap kemampuan vokalnya dan menghentam Nabila dengan kata-kata negatif. Malah turut membandingkan dirinya dengan beberapa penyanyi lain yang lebih mantap mendendang lagu tersebut.

Sumber: Gempak


5 responses to “Nabila Razali ‘Unfollow’ Semua Kenalan Di Instagram”

  1. Elliza Razak says:

    SEMOGA KAU BERAMBUS DARI DUNIA HIBURAN INI!

  2. minah jambu say STAY AT HOME !! says:

    Vrooooom..hehe jangan gitu nabila skali silap takan selama nya silap sayang..jangan peduli ape yg orang nak kata peduli kan saja..jangan merajok sampai gitu minah jambu suka ngan nyanyian nabila ngan lakonan nabila…biar orang nak kata lakonan lembek ke gedik ke garang ke ..nabila is nabila ok..terus kan perjuangan you nabila you muda remaja jangan sia2 kan bakat seni you tu..kalau ada yg nak pakai pelakon pembantu you kasitau minah jambu ok minah jambu boleh berlakon jugak..hehe..

  3. peminat erni dan abg ragaman says:

    adat la tu bila tak bagus, tak pandai org tegur. pergi la kelas vokal, belajar dgn erni zakri. pastu berkawan la dengan hael, ezra kong dan faizal tahir. ni kalau kerja hospital mesti dh lama terjun jambatan, kalau kerja ofis ni mau kena tengking terus resign ddk rumah tgk netflix. chill la, kalau tak bagus g la improve, dr zaman A.F 10 thn lps sampai sekarang nyanyi sengau, key tak sampai and terkucil.

  4. nana says:

    berlakon pun TAK PANDAI. berlakon watak gedik2, lembek2 je pandai sbb kt luar pun macam tu. Jadi insta famous je la, tak koyak. buat duit pun senang. review produk, claim konon bagus tp tak pakai pun. 4 iklan caj la rm600. yg tu rasenye ada potensi nk berjaya.

  5. Anonymous says:

    Jadi pelakon je la, xpon komposer. Xyah nyanyi2

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...