Penyanyi yang sering dikecam bersuara sumbang, Nabila Razali curi perhatian warganet apabila beliau difahamkan tidak lagi mengikuti akaun-akaun kenalannya di laman Instagram sehingga senarai “following” di akaunnya bertukar menjadi sifar.
Menurut Nabila, perkara sedemikian tidak erlu diperbesar-besarkan kerana menurutnya insiden yang berlaku tempoh hari banyak memberi pengajaran buat dirinya berkenaan erti persahabatan.
“Bila saya unfollow, itu tak bermakna saya tidak mengambil tahu tentang rakan-rakan baik.”
Tambah Nabila, ia merupakan fasa permulaan buat dirinya. Beliau dikhabarkan mahu lebih bersikap matang dan hanya akan memikirkan perkara yang mendatangkan kebaikan sahaja.
Katanya lagi, wujud segelintir pihak seakan bertanya berkenaan tindakannya melakukan perkara tersebut namun jawab Nabila, buat masa ini, beliau hanya mahu mengosongkan minda dan fikirkan benda-benda yang positif sahaja.
“Pastinya saya akan follow mereka balik nanti bila tiba masanya cuma sekarang janganlah diperbesarkan.”
Terdahulu, insiden yang dimaksudkan Nabila adalah apabila beliau terkucil dan bersuara sumbang ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua di salah sebuah program di kaca televisyen.
Berikutan perkara tersebut, wujud juga segelintir pihak tidak bertanggungjawab memaki hamun cara nyanyian Nabila yang jauh lebih buruk berbanding nyanyian kanak-kanak di bangku sekolah.
Lebih perit, rata-rata warganet turut mempertikaikan tahap kemampuan vokalnya dan menghentam Nabila dengan kata-kata negatif. Malah turut membandingkan dirinya dengan beberapa penyanyi lain yang lebih mantap mendendang lagu tersebut.
Sumber: Gempak