Tindakan pelawak Atu Zero yang menyindir vokal Nabila Razali ketika program The Masked Singer membuatkan penyanyi itu tersinggung.
Nabila, 31, menganggap bahawa apa yang dikatakan Atu itu tidak lawak serta menyifatkannya ‘punchline‘ sebegitu tidak sepatutnya dijadikan bahan lawak dalam sesebuah program televisyen.
Menerusi Instagram, Nabila juga turut meluahkan rasa terkilan dan berkata dia memang berusaha untuk memperbaiki dirinya saban tahun.
Kepada semua pelawak, cubalah cari bahan lebih baik untuk membuatkan orang ketawa. Saya tidak marah, cuma sedikit kecewa. Mungkin ada orang perlu menjatuhkan orang lain demi membuatkan dirinya menyerlah.”
Atu juga telah tampil menjelaskan bahawa tindakannya mempersendakan Nabila ketika program itu bukan rekaan semata-mata tetapi ia pernah tular sebelum ini.
Jelas pelawak berusia 31 tahun itu, dia mengakui kesilapan namun berharap komen itu dijadikan pembakar semangat untuk penyanyi tersebut memperbaiki mutu nyanyian.
Menerusi tinjauan Beautifulnara di media sosial, ramai netizen menyokong dan bersetuju dengan kenyataan sindiran daripada Atu itu.
Malah, kata mereka perkara itu telah terbukti dengan kejadian Nabila terkucil ketika menyanyi secara langsung beberapa kali sebelum ini.
Dalam pada itu, sesetengah warganet mengakui mereka suka melihat Nabila berlakon drama dan memuji bakat lakonannya.
Malah mereka turut menyuarakan pendapat masing-masing dan berkata mungkin Nabila boleh teruskan kerjaya dalam bidang lakonan sahaja.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.