Nabila Razali Terkejut Ada Netizen Mahu Tumbuk Mukanya?

Hiburan

Nabila Razali Terkejut Ada Netizen Mahu Tumbuk Mukanya?

Media sosial memang tempat untuk meluahkan perasaan buat sesetengah orang, namun kini lebih ramai menggunakan platform ini untuk mengecam dan melemparkan pelbagai kritikan negatif terhadap artis.

Advertisement

Penyanyi Nabila Razali antara artis yang sering mendapat kecaman daripada netizen, boleh kata beliau sudah lali dengan perkara itu.

Namun, baru-baru ini  Nabila terkejut apabila menerima mesej berbaur ugutan menerusi laman sosial Twitter dimana ada seorang individu ingin menumbuk mukanya atas tuduhan penyanyi itu membuat bising dalam MRT.

Saya menyanyi di dalam MRT tempoh hari atas undangan pihak TV3 bagi mempromosikan Anugerah Juara Lagu. Tapi perkara itu disalahertikan oleh segelintir netizen yang anggap saya sengaja buat bising.

Ada salah satu tweet tu ditulis nak tumbuk saya kalau jumpa saya di sana. Kenapalah sampai nak tumbuk, bukan saya buat salah pun. Tren yang? kami naik itu juga merupakan tren khas untuk kempen pertandingan AJL dan tidak pun menganggu penguna MRT lain.

Pada awalnya Nabila mahu membuat laporan polis kerana merasakan keselematan beliau terancam. Walaubagaimanapun,  beliau membatalkan hasratnya itu selepas berbincang dengan pihak pengurusannya. Nabila menganggap ia hanya usikan nakal netizen tetapi berharap perkara itu tidak berlaku lagi kepada dirinya ataupun orang lain di luar sana.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...