Sejak kebelakangan ini, penyanyi dan juga pelakon Nabila Razali sering saja menerima kritikan daripada netizen yang mengatakan bahawa dirinya bersuara sumbang dan sering saja tidak menjayakan persembahan dengan baik di atas pentas. Kini, ada pula segelintir pihak yang mendakwa dirinya sudah ‘besar kepala’ dalam industri hiburan.
Nabila yang ditemui menjelaskan, dia sebenarnya sedang sedaya upaya untuk bangkit semula selepas teruk dikritik disebabkan persembahannya yang dikatakan sumbang ketika ‘Live’ di dalam sebuah program televisyen beberapa bulan lalu.
“Kalau saya dah besar kepala, mungkin saya hanya buat ‘conference call’ je hari ni tapi saya masih di sini dan bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini. Saya bangkit semula selepas apa yang jadi sebelum ini. Sejujurnya saya memang down sangat-sangat dan saya perlukan satu hari untuk bangkit dan bekerja semula. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka memandang perkara ini remeh kerana mereka anggap saya dah biasa menyanyi seteruk itu,”
Namun, insiden yang berlaku itu tidaklah disengajakan dan merupakan perkara besar buatnya. Tambahan pula itu merupakan kali pertama dia menyanyikan lagu tersebut secara langsung.
View this post on InstagramSiapa nak belajaq mengaji sila PM tepi okay! ? #UstazahSuriaJuliana #KebayaKasutKanvas
Dia yang ditemui ketika majlis doa selamat dan pelancaran muzik video lagu Peluang Kedua di Symphony Mall, Petaling Jaya berkata lagi dia sememangnya berasa sangat bersyukur kerana masih ada yang menyokong dan berada di belakangnya ketika dia hampir berputus asa dan patah semangat.
Mengganggap lagu Peluang Kedua sebagai salah sebuah lagu yang agak berat untuk dibawa, namun dia gembira kerana lagu itu kini menjadi siulan masyarakat di luar sana.
Nabila Razali juga turut memberitahu media bahawa dia kini bersedia untuk tampil di pentas dan mempersembahkan lagu ini secara langsung jika diberikan peluang dan akan mempersiapkan diri dengan lebih baik berbanding sebelum ini.
Perkembangan terkini, Nabila telah melancarkan muzik video terbaru dan versi tambahan lagu Peluang Kedua yang menampilkan MK K-Clique sebagai hero.
Sumber: Media Hiburan