Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nabila Razali Tak Serik Menyanyi, Akan Bertanding Kalau Lagu Tercalon Lagi

Walaupun dikritik hebat, Nabila Razali mengakui tidak sering untuk menyanyi atau bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu jika tercalon. Memetik laporan mStar, insiden terkucil ketika menyanyikan Peluang Kedua tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.

Advertisement

Insiden itu bukan titik noktah untuk saya berhenti daripada perjuangan dalam industri ini sebab menyanyi memang perkara yang saya suka buat. Saya buat ini pun adalah demi keluarga dan juga diri sendiri.

Tipulah kalau cakap saya tidak menangis, memang saya menangis lepas buat persembahan dan sehari selepas AJL 35 memang saya habiskan masa untuk lepaskan semua kesedihan itu dan kemudian bangkit kembali, apa-apa pun hidup mesti diteruskan.

Memberikan komen mengenai kritikan daripada rakan selebriti, Nabila mengakui berasa sedih namun mendapat pengajaran untuk menilai seseorang.

Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak boleh kawal apa yang akan berlaku… saya dah berlatih tapi insiden itu dah pun terjadi dan ia di luar kawalan saya.

Advertisement

Apa yang saya kesal ialah tak sangka orang yang mencari rezeki dalam bidang yang sama turut berbual tentang benda negatif (pasal saya) sedangkan kami berkongsi periuk nasi yang sama.

Katanya, tidak manis bagi seseorang untuk bercakap mengenai individu lain tanpa mengenalinya terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, Nabila menegaskan dia enggan bermusuh dengan sesiapa,

Saya tiada isu dengan orang yang kritik saya sebab saya tidak ada buat apa-apa (tidak baik) pada orang dan selagi orang tak kacau periuk nasi saya, saya okey sahaja.

Nabila turut berpesan kepada rakan selebriti supaya memberi semangat dan tidak menjatuhkan antara satu sama lain. Tambahan pula, mereka sama-sama mencari rezeki dalam industri ini.

SUMBER : mStar
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    April 8, 2021 at 5:23 pm

    Hmm.. Tu la banyak sangat orang support dia, seolah2 terkucil tu boleh diterima.. Memang selesa laa dia nak terkucil lagi lepas ni

  2. Chyntia

    March 26, 2021 at 8:29 am

    bila tamak menguasai diri.. nab nab.. sudah sudah lah memalukan diri.. 8thun menyanyi blum ada improvement, terimalah hakikat yg kau tak boleh menyanyi!!! nanti buat live, terkucil, dkritik, lpstu kcwa, menangis, slhkn diri, dipressi, ya bgitulah hidupmu btahun2.. klu aku mcm kau, aku give up nab!!! kmi lagi gembira tidak dgr kau nyanyi yang sumbang itu.. jahanam dunia hiburan olh kau!!!

  3. anonymous

    March 25, 2021 at 2:21 pm

    muka tebal bebal…. delusional

    • sherry899

      March 25, 2021 at 5:07 pm

      baca dr komen group sebelah…..diorng ckp die ni mcm Giant dlm Doraemon…suka menyanyi tp suara tak sedap..bersemangat tinggi utk menyanyi tp buat org lain sakit hati kena dgr nyanyian die yg teruk tu…hahaha

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama