Nabila Razali Seru Orang Ramai Jadi Sukarelawan, Bantu Kerja Pembersihan Rumah Mangsa Banjir

Hiburan

Nabila Razali Seru Orang Ramai Jadi Sukarelawan, Bantu Kerja Pembersihan Rumah Mangsa Banjir

Mengakui hatinya terkesan dengan situasi banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengambil inisiatif tampil membersihkan rumah mangsa yang terjejas di sekitar Sungai Lui, Hulu Langat pada Khamis lalu.

Nabila Razali
2 years ago

Persembahan 'Live' Dipuji, Nabila Razali Akui Ia Hasil Masuk Kelas Vokal Hari-Hari

Advertisement

Menurut Nabila, banyak lagi barang keperluan yang diperlukan selain pasukan sukarelawan sangat diperlukan di kawasan bencana ketika ini bagi membantu dalam proses pembersihan.

Bantuan pakaian dan air mineral sudah banyak tetapi tenaga daripada pasukan sukarelawan sangat diperlukan ketika ini.

Perkara tersebut dikongsi Nabila menerusi sebuah perkongsian di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya di media sosial tersebut.

Nabila turut memaklumkan yang pemilik rumah serta mangsa yang terjejas di kawasan tersebut terdiri daripada golongan yang berusia, jadi mereka tidak berkemampuan untuk membasuh rumah sendiri.

Tambah Nabila, dia juga sangat memandang tinggi usaha para sukarelawan yang hadir membantu meringankan beban mangsa banjir di setiap lokasi bencana.

Nabila Razali

Dalam pada itu, Nabila juga sempat mengajak orang ramai untuk menyertai misi sukarelawan kerana berkemungkinan orang lain akan bantu kita apabila kita berada dalam kesusahan.

Terakhir sekali, kepada semua sukarelawan yang membantu mangsa banjir kali ini, anda memang kacak!

Selain Nabila, turut kelihatan beberapa selebriti tanah air lain yang juga bersama-sama memerah keringat membantu golongan terjejas seperti Wany Hasrita dan Ara Johari.

Sebagai rekod, negara kita dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda di beberapa buah negeri pada 18 Disember lalu dan antara yang paling terjejas ialah Selangor, Pahang dan Melaka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : KOSMO

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...