Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nabila Razali Kecewa Lagu Pematah Hati Gagal Ke AJL

Menggunakan strategi viral untuk mempromosikan lagu Pematah Hati sehingga menjadi siulan ramai, penyanyi Nabila Razali mengakui beliau sedih dan kecewa lagu tersebut gagal bertanding pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik 33 dan sekaligus memusnahkan impiannya untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Advertisement

Sejujurnya, sedih juga bila dapat tahu Pematah Hati  tak layak ke separuh akhir. Sebelum ini memang saya mengimpikan lagu itu sampai ke pentas AJL. Lebih-lebih lagi bila tengok rakan-rakan lain sudah pernah membuat persembahan di pentas AJL sebelum ini.

Nampaknya impian itu tidak kesampaian tahun ini. Tak apalah, saya anggap masih belum ada rezeki untuk saya beraksi dalam pertandingan berprestij itu.

Walaupun apa yang diimpikan tidak kesampaian, Nabila bagaimanapun tidak akan mudah berputus asa dalam industri seni dan berjanji akan menghasilkan karya yang lebih baik selepas ini. Itulah semangat yang kita mahukan, tidak perlu mempersoalkan keputusan yang sudah dibuat oleh pihak juri dan sebaliknya terus mencuba yang terbaik.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

37 Comments

  1. sky of love

    November 1, 2018 at 3:58 pm

    dah kenapa nak kecam dia? wartawan tanya dia jawabla bukan dia pergi jaja cerita dia sedih sebab tak dapat masuk sfmm. jadahla asik nak kecam orang je. orang cakap dia nyanyi sumbang aku dengar biase je. haters kalau da tak suka orang tak buat pape pon ko condemn. standard la suara perempuan macam tu takkan nak besar macam jantan pulak. nabila ni sesuai nyanyi lagu balada tapi dia pilih happy pop sebab orang zaman sekarang suka lagu yang catchy. korang kutuk dia cakap bukan2 aku tengok rezeki dia makin melimpah adela. jangan busuk hati sangat lah

  2. minah kelabu

    October 31, 2018 at 12:17 pm

    nabila ni pun nak jadi macm eyda jebat ka…dah x dapat masuk terima ja la..ni bukan undian sms,ni juri profesional yg adili…ish5..payah aih ngn bbnu ni.

  3. nabilah

    October 31, 2018 at 10:54 am

    dia ni kalau kuar tv cepat2 tukar channel.kalau masuk blog cepat2 scroll..tak sanggup nak tgk..annoying

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top