Menggunakan strategi viral untuk mempromosikan lagu Pematah Hati sehingga menjadi siulan ramai, penyanyi Nabila Razali mengakui beliau sedih dan kecewa lagu tersebut gagal bertanding pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik 33 dan sekaligus memusnahkan impiannya untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).
Sejujurnya, sedih juga bila dapat tahu Pematah Hati tak layak ke separuh akhir. Sebelum ini memang saya mengimpikan lagu itu sampai ke pentas AJL. Lebih-lebih lagi bila tengok rakan-rakan lain sudah pernah membuat persembahan di pentas AJL sebelum ini.
Nampaknya impian itu tidak kesampaian tahun ini. Tak apalah, saya anggap masih belum ada rezeki untuk saya beraksi dalam pertandingan berprestij itu.
Walaupun apa yang diimpikan tidak kesampaian, Nabila bagaimanapun tidak akan mudah berputus asa dalam industri seni dan berjanji akan menghasilkan karya yang lebih baik selepas ini. Itulah semangat yang kita mahukan, tidak perlu mempersoalkan keputusan yang sudah dibuat oleh pihak juri dan sebaliknya terus mencuba yang terbaik.