Nabila Huda Tuntut Cerai Selepas 3 Tahun Berkahwin

Hiburan

Nabila Huda Tuntut Cerai Selepas 3 Tahun Berkahwin

Angin tak ada ribut tak ada, tiba-tiba Nabila Huda hari ini dilaporkan memohon cerai daripada suaminya, Zaidi Zailaini selepas 3 tahun berkahwin. Namun penceraian yang cuba difailkan semalam di pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak dapat diteruskan kerana Nabila terlupa membawa sijil nikah mereka.

nabila huda cerai

Advertisement

Walaupun sudah mempunyai cahaya mata hasil daripada perkahwinan ini, Nabila nampaknya memang benar-benar sudah nekad untuk bercerai. Kata Nabila:-

Memang tidak bagus bila hendak berpisah. Pada awalnya saya cuba untuk bertahan, tetapi bila fikir balik memang tidak boleh. Kiranya, jalan terakhir adalah bercerai dan ini adalah yang terbaik buat kami berdua.Buat apa hidup bersama jika tidak gembira. Dan itulah yang saya rasakan selama tempoh kami berkahwin.Saya tidak boleh rasa sangsi terhadap suami. Saya akui kekurangan saya dan saya terima juga kekurangan suami. Tidak perlu untuk burukkan sesiapa bila perkara sebegini terjadi. Apa yang saya boleh katakan, memang sudah tidak ada persefahaman antara kami. Saya anggap cukup di sini sahaja jodoh kami berdua.

Amy Search, bapa Nabila yang telah dihubungi oleh Mstar memberitahu yang dia hanya mengetahui tentang permohonan penceraian anaknya melalui suratkhabar yang dibacanya. Abang Nara pun tak tahu nak cakap apa. Di bulan baik ini moga Nabila dan suami dapat berfikir kembali tentang keputusan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...