Nabila Huda Semakin Berlagak?

Hiburan

Nabila Huda Semakin Berlagak?

Nabila Huda bukan sahaja terkenal kerana gosip dan kontroversi tetapi beliau juga merupakan seorang aktres yang mempunyai karismanya tersendiri. Kata orang berilah watak apa pun kepadanya pasti beliau akan berjaya membawa karakter itu dengan baik.

Advertisement

Mengakui sudah berada dalam zon selesa, ada yang mendakwa Nabila semakin berlagak kerana begitu cerewet untuk menerima tawaran berlakon dan terlalu memilih sesuatu watak mahupun skrip.

Memang benar saya lebih selektif menerima job berlakon sekarang ini. Tetapi ini bukan bermakna yang saya semakin berlagak. Saya mula berlakon semenjak umur 16 tahun. Sekarang saya sudah 31 tahun, rasanya setelah 15 tahun menjadi pelakon, tiba masanya untuk saya menjadi lebih selektif.

Sebab itu apabila menerima tawaran skrip yang memerlukan saya melakonkan watak yang saya rasa tidak kena dengan jiwa saya dan dirasakan tidak serasi dengan diri saya, tawaran itu akan saya tolak. Tidak kira sama ada ia dalam bentuk drama TV, filem mahupun teater.

Tambah Nabila yang mesra disapa Abil, antara sebab lain beliau terlalu selektif untuk menerima sebarang tawaran lakonan adalah demi anaknya, Keisha. Aktres tersebut mahu meluangkan masa lebih dengan anaknya yang kini sudah bersekolah.

Sekarang Keisha dah bersekolah, maka masa untuk kami berdua tidak banyak macam dulu. Jadi saya akan pilih job yang seboleh-bolehnya memberi ruang untuk saya luangkan masa bersama Keisha.

Kalau anak sudah mula bersekolah dan kita pula sibuk bekerja pasti hubungan bersama anak pun akan renggang kerana masing-masing tidak mempunyai masa kualiti bersama. Kerja itu penting tetapi anak itu juga jauh lebih penting dalam hidup kita. Selagi ada masa luangkan lah bersama mereka agar mereka merasa kasih sayang yang cukup daripada ibu bapa.

Sumber Berita: Mangga Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...