Nabila Huda Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ikut Kalendar Islam

Hiburan

Nabila Huda Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ikut Kalendar Islam

Bersempena ulang tahun perkahwinannya yang keempat, pelakon Nabila Huda telah menerima kejutan makan malam istimewa daripada suami tercinta, Mohd Izwan Johar. Pastinya ia momen indah buat pasangan ini apatah lagi mereka sebelum ini tidak pernah menyambut hari ulang tahun perkahwinan.

nabila huda

Advertisement

Berkongsi foto mereka bersama dengan kapsyen penuh romantis, Abil turut memberitahu suaminya juga turut membuat kelainan, mahu menyambut ulang tahun perkahwinan mereka mengikut tarikh kalendar Islam.

Suaminya turut meminta Abil memakai pakaian cantik untuk keluar makan malam bersama. Meraikan cinta mereka berdua.

nabila huda

Perkongsian Abil itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen mendoakan kesejahtereaan rumah tangga pasangan ini.

nabila huda sambut ulang tahun perkahwinan ikut kalendar islamSiapa yang tidak suka kejutan, apatah lagi daripada pasangan tercinta. Semoga cinta mereka terus mekar dan kekal bahagia sehingga ke syurga.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...