Written by Bella | January 14th, 2020

Sejak muncul dalam rancangan Bersamamu TV3, kisah hidup pelakon cilik Puteri Balqis yang berubah sepenuhnya selepas dia disahkan mempunyai penyakit hati mendapat perhatian ramai netizen.

puteri balqis bersamamu

Menerusi rancangan tersebut, Balqis berkongsi keperitan hidup yang dilaluinya sehingga terpaksa ikat perut selama beberapa hari dan terpaksa menjual buku puisi yang ditulisnya sendiri di jalanan bersama ibunya demi kelangsungan hidup.

Rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada Balqis untuk terus tabah menghadapi segala ujian.

nabila huda

Terbaru, pelakon popular Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil, mempersoalkan mengapa Balqis yang sedang sakit terpaksa berjalan di sekitar Kuala Lumpur untuk mencari sumber pendapatan?

Kenapa ibu bapa sihat tubuh badan tidak bekerja?

nabila huda puteri balqis nabila huda ibu bapa puteri balqis

Dia tertanya-tanya mengapakah kedua ibu bapa Balqis yang sihat tubuh badan, mempunyai kemampuan untuk bercakap serta berjalan dengan sempurna tidak bekerja?

nabila huda

Malah, ketika dipersoal oleh netizen tentang di mana orang atau rakan artis yang pernah bersama dengan Balqis satu ketika dahulu, ketika dia di puncak populariti, Nabila menjawab bahawa mereka sentiasa ada, sedia membantu dan pernah membantu.

Respon dan pendapat netizen

nabila huda puteri balqis nabila huda puteri balqis nabila huda nabila huda

Terdahulu, meskipun dilanda dugaan yang berat, Balqis berkata perubahan hidup secara tiba-tiba itu cukup indah kerana Tuhan tidak mahu mereka lupa diri. Dia tidak mengimpikan kehidupan mewah, cukup jika dapat bersama dengan ibu tersayang meneruskan hidup dan berharap agar dapat sembuh seperti sedia kala.

26 responses to Nabila Huda Persoal Ibu Bapa Puteri Balqis, Kenapa Tidak Bekerja?

  1. Tata palitha says:

    Kalau baca kat cari forum katanya bapak dan mak die ni main barang. Terfikir aku xkan si balqis ni pon layan jgk sbb ice mmg effect hati kan.. hmm ntahlah labu. Tp aku tetap xsetuju mak die heret die berembun tgh sakit2 tu 1 kl kadang sampai xbalik tdo di jalanan. Kau sekolah kerajaan je dik ramai je bijak pandai sek kerajaan xyah extra class berpijak di bumi yang nyata

  2. Anonymous says:

    kan.. dulu masa bg anak pakai seksi2, bapak n mak aqish ckp jgn sebok hal mereka anak beranak. netizen just menegur sebab dah didik anak tu pakai seksi2 dr kecik. org menegur, siap marah2 lg… apa lah…. satu lg bab skolah aqish tu.. apa salahnya masuk sekolah kerajaan jer… yuran pun murah. buku teks pun free ja.. yg kalut nak masukkan ke skolah berbayar tu apa lah hal. kalo kewangan mengizinkan, ok lah. silakan.. ni dah smpi nak makan pun, kadang2 tak der duit.. apalah ceritanya.. anak tu ibarat kain putih, jgn lah corakkan nyer dgn kaler2 yg kusam..

  3. haihh says:

    sedikit pandangan utk ibu balkis..bermasyarakat lah..dlm dunia ni bukan 2 of you only..ada ramai..duk kat kaw permumahan pasti ada masjid @ surau..kat surau masjid pasti ada amil..pasti akan ada orang2 yang mewar2kan yang beliau ni memerlukan bantuan..dan pasti akan ada insan2 mulia yang menawarkan bantuan..
    dia pernah cakp bulan puasa putus makanan..gi la masjid boleh berberbuka puasa sambil solat dimasjid/surau..

    dalam dunia ni bukan 2 of you sahaja..ada ramai insan2 mulia diluar sana.

    just my 2cents view..

  4. nana says:

    penat la asyik blame mak dia sorg. ada BAPAK tp mcm dh arwah. dulu masa anak famous BAPAK dia menyombong gila. biar anak pakai seksi, expose anak bila anak sepatutnye menikmati zaman kanak2. mak dia pun sama je naik kepala. bila dh susah…blah tinggal anak sbb anak tu tak boleh buat duit dh! MANUSIA SAMPAH! dah2 la wei…ramai lg budak2 susah, artis yg hidup melarat tp tak ada la beriya mcm ni. kalau mampu bantu, tak mampu bantu doakan je yg baik2. yg ni netizen asyik bash artis suruh tolong. mak dia bangkit la, jgn hrpkan nama glomour anak lg. ada je ibu2 tunggal ada anak sakit @ oku tp kuat je teruskan hidup.

  5. Deanna says:

    hello, blh x jgn comment yg negative, kau tahu x jalan cerita dia, bapak dia ceraikan mak dia time balqis di diagnosis cancer, den dia kena keluar rumah, bapak never give nafkah lepas cerai, last year Mikrofon Impian musim raya, Pak Nil ada panggil Puteri Balqis ceritakan kehidupan dia, time itu ada Arwah Yazid, Ebby Yus semua. mak dia jual nasi lemak dan mcm2 kerja sambilan selain balqis sakit mak dia juga x sihat x salah ada chronic semput itu kdg2 serang x kira waktu, itu yg saya masih ingat, kau tanya Pak Nil, Ebby Yus, semua. Tlglah org tu dah susah, tak lah bantu jgn tanya knp ini itu, keluar masuk hospital dgn ubat ingat x perlu duit ker. we are not at their position so dont ever comment negatively

Tinggalkan Komen Anda Di Sini