Nabila Huda Pelik Wanita Melayu Terlalu Obses Nak Kulit Putih – “Brown Skin Paling Cantik!”

Hiburan

Nabila Huda Pelik Wanita Melayu Terlalu Obses Nak Kulit Putih – “Brown Skin Paling Cantik!”

Pelakon, Nabila Huda sering menjadi perhatian orang ramai oleh kerana keunikan warna kulit sawo matang atau tanned skin yang dimiliki olehnya.

Namun, anak kepada penyanyi lagenda rock, Amy Search itu meluahkan rasa hairan apabila ramai kaum wanita di Malaysia yang terlalu obses untuk memiliki warna kulit cerah.

Advertisement

Menerusi ciapan di laman Twitter, Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata bahawa warna kulit asli wanita Melayu menggambarkan kecantikan mereka.

Kenapa ramai perempuan melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obsessed nak berkulit putih.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 42 tahun itu berkata dia sangat berbangga dengan warna kulit sawo matangnya dan menganggap ia seakan-akan warna gula perang.

I love my skin so much and i am so proud of it..

Menurutnya, kulit sawo matang lebih mudah untuk dijaga berbanding kulit cerah kerana penjagaannya hanya memerlukan bahan-bahan yang mengekalkan kesihatan kulit selain kelihatan lebih cantik dibawah cahaya matahari.

Brown skin paling cantik kalau kena cahaya matahari sampai boleh bertukar jadi golden brown! Sexyyyyy.

Dalam pada itu, Nabila turut menitip pesanan buat wanita di luar sana agar tidak mudah terpengaruh dengan kecantikan tidak asli di media social dan belajar untuk menghargai kecantikan atau kekurangan yang ada pada diri sendiri.

We are beautiful in our own way! Tak perlu nak jadi orang lain. Just be you and love yourself more.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Umur Dah Nak Masuk 40, Berubahlah..." - 'Follower' Puji Kulit 'Tanned' Nabila Huda, Netizen Suruh Tutup Aurat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...