Nabila Huda Menyangkal Spekulasi Ada Konflik Dengan Sophia Albarakbah – “Tak Ada Kaitan Pun Sophia Dengan Isu Penyondol Tu”

Hiburan

Nabila Huda Menyangkal Spekulasi Ada Konflik Dengan Sophia Albarakbah – “Tak Ada Kaitan Pun Sophia Dengan Isu Penyondol Tu”

Aktres jelita Nabila Huda akui tidak ada sebarang rasa tidak suka terhadap pelakon sensasi, Sophia Albarakbah apabila dikaitkan dengan kenyataan yang dibuatnya sebelum ini dengan isu cinta lokasi oleh sesetengah pelakon.

Bukan itu sahaja, Nabila juga menegaskan bahawa apa yang pernah disebut itu hanyalah secara umum tanpa ditujukan kepada siapa-siapa. Dia juga tidak mempunyai sebarang masalah bersama pelakon berkenaan.

Advertisement

Tak ada kaitan pun Sophia dengan isu penyondol masa tu.

Saya sebagai pelakon senior tak mahu isu-isu tu menghancurkan kerjaya masing-masing.

Rasanya ramai tahu cara saya yang agak lantang dalam memberi pendapat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Pada masa yang sama, Nabila juga berkata dirinya tidak berniat untuk bermusuhan dengan sesiapa pun serta tidak mahu mengambil tahu cerita peribadi mana-mana artis.

Katanya, perkara ini semua berbalik kepada diri masing-masing. Jika mahu menjadi pelakon yang jujur, teruskan. Namun jika mahu mengambil jalan untuk menjadi orang ketiga juga dipersilakan, itu tiada kaitan dengannya ujar Nabila.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pia
1 year ago

"Macam Wanita Melayu Terakhir.." - Pelakon Shah Radhi Akui Sifat Sophia Albarakbah Bukan Seperti Yang Orang Sangka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...