Written by Bella | September 5th, 2016

Kemenangan Nabila Huda sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada acara Festival Filem Malaysia ke 28 adalah perkara yang paling beliau nantikan sejak bergelar anak seni.

Menurut Nabila yang mesra disapa Abil, beliau mendedikasikan kemenangannya itu kepada bapanya  iaitu penyanyi rock terkenal Amy Search.

Kejayaan ini saya dedikasikan untuk papa saya serta keluarga kerana selama berada dalam industri sejak berusia 16 tahun banyak tindakan yang kurang matang saya lakukan.

Saya mahu papa berasa bangga dengan kejayaan saya ini dan ia adalah hadiah istimewa dari saya buatnya.

Abil akui beliau sebenarnya tidak pernah mengjangkakan beliau akan menang kerana bersaing dengan calon-calon yang tidak kurang hebatnya.

Saya langsung tidak jangka akan menang kerana saingan terlalu sengit terutama daripada pelakon-pelakon yang sudah biasa berlakon filem.

Saya tidak banyak berlakon filem dan kemenangan ini juga yang pertama buat saya, sebelum ini saya hanya menang Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin menerusi drama Akulah Balqis.

Pada masa yang sama, Abil meluahkan rasa syukur kerana selalu diberikan watak yang dapat meninggalkan kesan didalam hati penonton.

Terus terang kami katakan, Abil memang layak untuk memenangi anugerah berkenaan. Lakonan Abil tidak pernah mengecewakan penonton. Kata orang, berilah apa sahaja watak kepadanya pasti Abil akan berjaya “menghidupkan” watak itu dengan baik.

Sumber Berita : mStar Online

20 responses to Nabila Huda Mendedikasikan Kemenangan Di FFM 28 Kepada Bapanya

  1. hcubeshop says:

    congrate buat Nabila Huda !!^-^

    0

    0
    • minah jambu say no to DRUG says:

      lov u nabilaaaa tahniah…! tk sabar nak tengok pilm lakonan nabila ngan jul lipin ngan farid kamil u paling best berlakon tk kire ape aje watak u boleh lakon kan dengan baik…lov uuu..laki u mana nabila minah jambu tk nampak pon ?

      0

      0
      • Lembu Gemok says:

        despite of ur attitude and behaviour…aku tetap merasakan ko adalah pelakon yang paling power kat malaysia ni…watak jahat, sedih, baik, slut, sopan, semua ko mampu buat nabila…ko mmg deserved it !!!!

        0

        0
      • Anonymous says:

        patotnya dari dulu lagi dpt award neh..filem bohsia dulu kemaen power dia berlakon.

        0

        0
      • minah jambu - safety first says:

        kenepe macm coklat taik aje kaler minah jambu ni ?? salah picit ke ape ni huh !

        0

        0
  2. che ton says:

    tahniah abil… u deserved it girl…

    0

    0
  3. Shhh says:

    Tahniah Abil..mmg layak menang.,.dia tk perlukan rupa yang cun kat tv..cukup bawak lakonan tu dgn baik..dan dia pun bukan jenis hipokrit…dn sorg lagi yang aku rasa layak Christina Suzzane..aku suka tgk dia..tk da feeling mcm anak mat saleh..org pun sempoi..tk da kontroversi..hope lepas ni Christina layak..aku heran mcm Maya asik tercalon je..sekali je kot dia pernah menang..dlm filem Ombak Rindu..

    0

    0
  4. cassandra eve says:

    Heartfelt Congratulations to Abil ! Your the best GaL & looking forward to see more of you in film, drama etc ! You such a good actress – genuine & always being ‘ yourself ! I salute !

    0

    0
  5. Anonymous says:

    dia mmg layak! tahniah!

    0

    0
  6. anon says:

    Congrat….. U r SUPERB ……
    U r the BEST ….

    0

    0
  7. nok gebuzzz says:

    tahniah…abil mg layak menang..lakonan dia x perlu makeup tebal2,cukup karektor yg dibawa semua menjadi…

    0

    0
  8. ILOVEABIL says:

    yayyyy love you abis, you deserve it!!!!

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Abil nmpk mcm makcik lah muka… Mcm muka lewat 30an..

    0

    0
  10. sentap says:

    tahniah abil…lakonan mmg mantap walo perangai x cm dlm filem munafik…

    0

    0
  11. Kareena says:

    Memang layak menang…
    suka tgok lakonan Nabila…
    real..x kaku…and dia tak control…
    THE BEST..
    CONGRATS!!!

    0

    0
  12. Anonymous says:

    ini baru betul. sebelum ni tah pape je menang. patut dari dulu lagi dah menang

    0

    0
  13. PEMENANG YANG SEPATUTNYA LAMA DH MENANG DULU LAGI… TP INDUSTRI FILEM KITA MCM TAK ADA JURI PROFESIONAL YANG PANDAI MENILAI BAKAT PELAKON YANG BERBAKAT. TANIAH ABIL. KAMU MEMANG LAYAK SELAYAKNYA.

    0

    0
  14. Anonymous says:

    tahniah abil..Memang layak menang…
    abil nie bg je watak apa. semua dia bawak dngan baik.
    x kisah smpingan atau utama. aku minat dia dari blok 404 kem 505 lagi.

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Sepatutnya Abil dah lama title pelakon terbaik gini. Setiap lakonan dia pasti akan sentiasa terkesan di hati penonton. Tak pernah menghampakan.

    0

    0
  16. HoTneSS says:

    Aku suka lakonan Nabila dlm “Ariana Rose” TV3

    Ost – Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga mp3

    TERBAIK!!!

    0

    0