Kemenangan Nabila Huda sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada acara Festival Filem Malaysia ke 28 adalah perkara yang paling beliau nantikan sejak bergelar anak seni.
Menurut Nabila yang mesra disapa Abil, beliau mendedikasikan kemenangannya itu kepada bapanya iaitu penyanyi rock terkenal Amy Search.
Kejayaan ini saya dedikasikan untuk papa saya serta keluarga kerana selama berada dalam industri sejak berusia 16 tahun banyak tindakan yang kurang matang saya lakukan.
Saya mahu papa berasa bangga dengan kejayaan saya ini dan ia adalah hadiah istimewa dari saya buatnya.
Abil akui beliau sebenarnya tidak pernah mengjangkakan beliau akan menang kerana bersaing dengan calon-calon yang tidak kurang hebatnya.
Saya langsung tidak jangka akan menang kerana saingan terlalu sengit terutama daripada pelakon-pelakon yang sudah biasa berlakon filem.
Saya tidak banyak berlakon filem dan kemenangan ini juga yang pertama buat saya, sebelum ini saya hanya menang Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin menerusi drama Akulah Balqis.
Pada masa yang sama, Abil meluahkan rasa syukur kerana selalu diberikan watak yang dapat meninggalkan kesan didalam hati penonton.
Terus terang kami katakan, Abil memang layak untuk memenangi anugerah berkenaan. Lakonan Abil tidak pernah mengecewakan penonton. Kata orang, berilah apa sahaja watak kepadanya pasti Abil akan berjaya “menghidupkan†watak itu dengan baik.