November 27th, 2011

Melalui apa yang ditulis, agak jelas yang Nabila Huda telah memarahi bekas suaminya di Twitter kerana mengutuknya kepada orang ramai sejam lalu. Dia juga menyatakan yang lelaki itu tidak memberikan apa-apa sumbangan kepada anak mereka.


Cuma agak tidak manis juga bila Twitter dijadikan medium lepas geram kerana anda seorang selebriti.

Untuk pengetahuan anda, Nabila juga dikatakan telah bergaduh dengan beberapa individu yang menegurnya tentang isu dia berbikini di Twitter sebelum ini. Pada pendapat kami lebih baik jika Twitter digunakan untuk sesuatu yang positif, misalnya memberi informasi tentang karier kepada peminat. Hal peribadi, boleh saja kekal sebagai…hal peribadi. Dia yang agak hangat kebelakangan ini kerana beberapa kontroversi, menggunakan cara ini untuk menghilangkan stres mungkin? Apa-apa saja lah, Nabila.

 


Comments are closed.

Loading...