Nama Nabila Huda memang sentiasa terpalit kontroversi. Daripada dulu lagi, pemakaiannya yang seksi dan gaya hidup yang agak sosial menjadi perbualan ramai. Mungkin tertekan dengan tohmahan, cacian dan kutukan yang diterima selama ini, Nabila Huda meluahkan perasaannya di Twitter.
Daripada kata-kata yang diluahkan, nampaknya Nabila kecewa apabila segala perbuatannya dipertikaikan oleh orang ramai. Untuk anda yang tidak tahu, baru-baru ini Nabila Huda telah pergi “diving” dan berkongsi gambar melakukan aktiviti tersebut. Banyak peminat yang telah menasihatinya kerana berkongsi gambar berbikini ketika menyelam.
Apabila ditegur “kerana anda seorang Islam” oleh salah seorang pengikut Twitternya, Nabila Huda menjawap perkara tersebut terjadi bukan kerana itu tetapi kerana statusnya sebagai seorang selebriti.
Nabila Huda kemudiannya menyatakan yang dia tak peduli dengan kata-kata orang sekelilingnya. Yang penting, kegembiraan adalah miliknya.
Baguslah kalau Nabila Huda gembira dengan gaya hidupnya. Mungkin sebagai seorang selebriti popular beragama Islam, Nabila janganlah terlalu berkongsi gambar yang tidak sesuai untuk tatapan umum menerusi laman sosial. Mungkin niat Nabila sekadar ingin berkongsi, tetapi daripada terus dicaci, lebih baik Nabila simpan sendiri segala perbuatannya yang kurang enak untuk dilihat orang lain. Tak gitu?
P.S: Oppa Gangnam Style versi India