Masih belum reda akan berita kehilangan nenek kepada pelakon popular tanah air Nabila Huda, Indon Ramli, beliau sekali lagi berdepan situasi menjengkelkan apabila ada peminatnya yang seakan tidak sensitif terhadap situasi tersebut.
Menerusi laman twitternya, Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Binti Suhaimi meluahkan rasa berang apabila wujud segelintir individu seolah tidak menghormatinya dengan meminta untuk berswafoto dengannya.
“Nenek Aku meninggal ni, Korang gila ke apa nak selfie?,” tulisnya.
Namun, Nabila yang masih sedih mengenang pemergian neneknya itu tidak mengupas lanjut berkenaan situasi tersebut malah perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengikut Twitternya.
Terdahulu pelakon drama bersiri Akulah Balqis ini berkongsi berita kematian neneknya di entri Instagram miliknya.
Nabila yang tidak pernah melalui kehilangan dalam hidup itu difahamkan takut dan sukar untuk menumpuh dugaan tersebut.
Beliau yang kehilangan neneknya pada Rabu lalu juga turut meminta agar segala makan dan minum arwah dihalalkan.